Aku selalu diingatkan oleh PM dalam hampir setiap program agar buat program kerana Allah. Satu peringatan yang amat berharga agar setiap kerja yang kita lakukan menjadi ibadah dan tidak sia-sia. Tapi aku mula sangsi dengan niat aku untuk melakukan setiap program adalah kerana Allah. Jujurnya aku tak pernah buat program kerana Allah. Atau mungkin teramat jarang sekali aku berjaya lakukan kerana Allah. Kerana dalam program yang aku sertai dan organize, banyak perkara yang menjadi tanda tanya dan sangsi di lubuk hati yang kosong ini untuk buat program tersebut kerana Allah.
Antara persoalan yang selalu bermain dibenak pemikiranku adalah adakah Allah sudi menerima program yang aku sertai sebagai ibadah sekiranya dalam pelaksanaan program itu approximity, pandangan, suara, aurat dan body contact antara lelaki dan perempuan tidak dijaga dan dititikberatkan adab-adabnya? Adakah mungkin kerana program itu bersifat Islamic dan charity, lalu Allah melepaskan kita dari batasan-batasan pergaulan bagi menjayakan program-program tersebut? Bermacam-macam lagi persoalan yang berlegar-legar dipemikiranku untuk mencari etika dan cara pergaulan yang sebenar supaya dapat aku jaga kesucian niat dan ibadahku. Mana satu yang perlu aku ikuti dari contoh-contoh yang ada di UIA? Adakah apa yang dipampang oleh mahasiswa dan mahasiswi UIA dihadapan mataku adalah cara pergaulan yang berlandaskan syarak? Atau ia hanya suatu kebiasaan bagi mereka? Masyarakat jahiliah dulu pun, membunuh anak suatu kebiasaan bagi mereka. Malah mereka lakukan ada sebab-sebabnya. Namun cara mereka bukanlah cara yang diredhai Allah. Dalam Al-Qur’an ada menyebut bahawa syaitan akan membuat kita terasa indah dan betul mengenai apa yang kita lakukan sedangkan hakikatnya salah di mata Allah. Itu yang aku risaukan dalam hal ini. Lebih-lebih lagi apa yang aku lihat adalah dari mereka yang membawa perwatakan Muslim.
Kadangkala hati ini malas untuk menghadiri meeting-meeting yang diadakan di musolla. Malu dengan Allah pun ada. Kerana adab-adab yang mungkin jarang untuk diambil berat ketika bermesyuarat. Ada juga seorang international student yang menegur indirectly kepada aku mengenai cara budak-budak UIA conduct meeting. Katanya sepatutnya lelaki dan perempuan dalam meeting atau group discussion perlu ada hijab atau tirai bagi menjaga iqtilad. Mungkin di situ aku melihat keberjagaan dalam pandangan. Tapi untuk mengubah satu komuniti kita perlu bercakap sesuai dengan level pemikiran komuniti tersebut. Mungkin di negara dia sudah terdidik sedemikian tapi di Malaysia berlainan.
Namun apa yang aku nyatakan di sini adalah hasil penilaian diri yang masih belum cukup mantap ilmunya. Aku hanya mampu synthesis dari apa yang aku miliki dan fahami. Jujurnya aku memang jahil dalam masalah pergaulan. Aku sendiri tak tahu batasan-batasan yang digariskan Islam dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan secara terperinci. Sejauh mana lelaki dan perempuan boleh bergaul. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Maklumlah, di UIA nil ah aku kembali kepada fitrahku sebagai lelaki. Hahaha.. Sahabatku pernah menceritakan kepadaku apabila Ka’ab bin Malik ditanya oleh Umar mengenai apakah itu taqwa. Lalu Ka’ab bertanya kembali kepada Umar apa yang kamu lakukan apabila berjalan atas satu jalan yang gelap. Lantas Umar menjawab berjalan dengan berHATI-HATI. Mungkin itu sahaja yang mampu aku ambil sebagai panduan dalam meneruskan hidup di atas jambatan yang kian runtuh ini. Itu pun sebab aku sedar hatiku ini terlalu rapuh dan lemah. Mungkin mereka mempunyai perisai yang tak lut oleh panahan-panahan dunia lantas mereka mampu untuk bergaul dengan lebih advance berbanding aku.
Mungkin aku agak jumud dalam hal ini tapi aku harap kejumudan aku tak menyusahkan orang lain. Aku tak menafikan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Malah aku juga berkawan dengan perempuan tapi mungkin tak serapat dan semeriah aku berkawan dengan lelaki. Aku lebih mengambil langkah untuk berhati-hati. Kalau pergaulan aku membawa kepada keseronokan, kelalaian, lagho, apatah lagi fitnah, aku lebih prefer untuk tidak bergaul. So, sorry banyak-banyak kepada mereka yang melihat aku ni macam sombong dan kerek, jumpa kat tengah jalan pun tak tegur, mesej pun macam hangen je. Hahaha.. Berta’aruf bertujuan membawa kepada taqwa. Tapi kalau ia mengurangkan taqwa maka bukankah lebih elok kalau kita meninggalkannya? Bukan maksud aku memutuskannya tetapi mengawalnya dari terus menular. Apalah gunanya kalau kita nak memuaskan kehendak seseorang sedangkan hati kita habis dilumat-lumatnya.
Syukur rasanya sekiranya ada yang boleh menjelaskan dengan lebih mendalam kepada diriku yang jahil ini mengenai masalah ini. Mungkin anda mempunyai dalil-dalil untuk dijadikan garis panduan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Maaf andainya pemikiran aku berat untuk diterima orang lain. Dan entry ini bukanlah untuk aku tujukan secara spesifk kepada mana-mana pihak. Baik yang memakai kopiah mahupun yang tidak, baik yang bertudung labuh, berpurdah mahupun yang bertudung serempang, akhirnya entry ini terpalit kepada diri ini yang tak kunjung melakukan kesilapan. Semoga dapat menjadi perkongsian untuk kita renungkan bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment