“Iaitu yang menciptakan mati dan hidup untuk Dia uji kamu siapakah di antara kamu yang terbaik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” (Al-Mulk : 2)
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga UIAM yang bakal menduduki final exam. Semoga ilmu yang kita pelajari selama ini dan usaha yang kita gembeling diberkati dan diredhai Allah. Namun, firman Allah di atas menyatakan segenap pelosok kehidupan kita adalah ‘peperiksaan’ yang mana Allah ingin melihat sejauh mana kita dapat hadapinya dengan baik. Kalau dalam firman Allah yang lain ada menyatakan bahawa dunia ini adalah permainan dan kesenangan yang melalaikan. Ini sudah cukup menjadi bukti bahawa kita perlu hadapi kehidupan dunia ini dengan baik dan berhati-hati kerana ia dapat melalaikan dan menipu kita. Begitu juga dengan exam. Exam adalah sebahagian dari kehidupan dan tak terkecuali dari apa yang Allah firmankan dalam kalamNya. Maka hadapilah exam dengan sebaik-baiknya. Bukan sekadar ketika exam dah dekat, bukan sekadar di dalam exam hall, bahkan ketika bermulanya semester pengajian dan selepas habisnya exam. Adakah kita berjaya menjadikan diri kita sebagai seorang yang committed dalam menuntut ilmu bermula awal semester dan terus mencari ilmu walaupun exam sudah habis? Adakah kita berjaya menjadikan diri kita knowledge oriented student atau hanya sekadar exam oriented student? Adakah kita berjaya mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan menjadi orang yang berilmu tanpa lalai akan tanggungjawab dan amanah kita terhadapNya? Jawapannya ada dalam diri anda. Jangan tertipu dengan exam yang menyebabkan kita study hanya bila exam dah dekat dan untuk exam semata-mata kerana seharusnya kita study untuk mengangkat martabat kita sebagai umat Islam dan yang lebih penting adalah untuk kita acknowledge kekuasaan Allah yang sekaligus meningkatkan keimanan kita kepadaNya. Wallahu’alam.
Friday, March 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment