Friday, April 9, 2010
Aku Seorang Musafir
Dunia adalah fatamorgana. Berjalan di atasnya para musafir merentasi padang pasir yang luas membentang. Dihamparkan jalan pasir yang panas & jerlus membenam kaki. Beratapkan matahari yang terik mebakar kulit dan mengeringkan tekak. Sumur yang indah, bersinar terpancar bak berlian, mengaburi & menipu mata sang musafir yang akhirnya mengheretnya ke lembah kekecewaan. Sedarlah wahai rakan-rakan permusafiranku. Hakikat hidup ini dihiasi kesusahan & kepahitan yang membuatkan matamu mencari kesenangan yang segera tetapi tipu & ilusi. Bersabarlah dalam mencari kesenangan yang nyata. Tabahkan hatimu dalam setiap langkahmu yang memijak pasir-pasir yang membakar kakimu. Majukan langkahmu dengan berpandukan peta Al-Qur’an & Hadith serta kompas iman seperti yang dijanjikan Allah & RasulNya bahawa kau akan selamat dalam perjalananmu. Semoga kita sentiasa dalam bimbinganNya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment